Malaysia Dateline

Siapa Jaziri, kenapa dia jadi saksi MoU di Expo Dubai 2020?

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan siapa Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian yang dikatakan hadir di Expo 2020 Dubai atas kapasiti peribadi tetapi menjadi saksi majlis tandatangan perjanjian persefahama (MoU).

Hanipa berkata, Jaziri menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU antara Malaysia’s GDC Fund Management Limited (GDC), World Credit Saving Limiteed (WCS) dan Masco Ventures Limited (MASCO) di Malaysia Pavilion di Exco 2020 Dubai yang sudah tentu majlis yang bersifat rasmi.

“Jika betul Senator Jaziri Pengerusi Bersatu Sarawak ini sekadar hadir atas kepasiti peribadi seperti didakwa, kenapa dia boleh dalam masa yang sama menjadi saksi majlis tandatangan tripartite MoU ini.

“Bagaimanakah individu yang hadir atas kapasiti peribadi boleh dengan senang-senang menjadi saksi majlis tandatangan MoU dalam majlis yang rasmi yang melibatkan urusan rasmi kerajaan?

“Tidakkah ini juga boleh mengundang risiko dari segi perundangan dan juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan UAE?

“Mana satu yang nak kena pegang dan percaya ni?

“Yang lawatan peribadi atau yang “diplomatic and political assignment” YB Menteri seperti yang pembantu senator tu beritahu dalam FB dia tu,” soal beliau.

Dalam website malaysiaexpo2020.com turut memaklumkan Jaziri menjadi saksi di majlis tandatangan MoU tersebut.

Website turut memaklumkan Jaziri jadi saksi majlis tandatangan MoU Expo Dubai

 

Terdahulu, Hanipa dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam mempersoalkan peranan Jaziri yang hadir dan dikatakan berlegar di ekspo berkenaan, seolah-olah menteri ‘de facto’ KASA.

Beliau turut mempersoalkan pihak yang membenarkan Jaziri mewakili Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melawat pavilion negara, seolah-olah beliau mewakili Malaysia.

Salah seorang pegawai Jaziri yang mengikuti rombongan ke Expo Dubai

Salah seorang pegawai yang mengikuti Jaziri memberi gambaran seolah-olah senator ini menjalankan tugas politik dan diplomatik.

Namun, Tuan Ibrahim mengesahkan kehadiran Jaziri yang juga Ketua Bersatu Sarawak itu adalah di atas kapasiti peribadi.

Beliau juga menafikan pembabitan individu tidak berkenaan yang didakwa sebagai rakan kepada Penolong Setiausaha Bahagian Adaptasi Perubahan Iklim di Expo 2020 Dubai.