Malaysia Dateline

Siapa kata Mahiaddin ada majoriti, ini buktinya

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menafikan Tan Sri Mahiaddin mempunyai majoriti untuk terus mentadbir kerajaan pada hari ini.

Katanya, jumlah sokongan Ahli Parlimen kepada Mahiaddin ada pada hari ini seramai 114 orang manakala 11 orang lagi tidak menyokong, ini bermakna Mahiaddin hanya mempunyai 103 Ahli Parlimen.

“Majoriti yang diperlukan Muhyiddin adalah 111 Ahli Parlimen.

“Oleh itu celah mana Muhyiddin kata dia masih ada majoriti?” katanya.

Dalam pada itu, sidang media Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan terdapat 31 Ahli Parlimen BN yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut Ismail, Ahli Parlimen BN itu terus menyokong kerajaan PN sehingga parlimen bersidang September ini.

Isham turut menyenaraikan jumlah Ahli Parlimen BN;

Senarai ahli Parlimen BN bersama Ismail Sabri dalam sidang media;

1. Ismail Sabri Yaakob (Bera)
2. Mahadzir Khalid (Padang Terap)
3. Shahidan Kasim (Arau)
4. Nazri Aziz (Padang Rengas)
5. Ismail  Mohamed Said (Kuala Krau)
6.Ismail Abd Muttalib (Maran)
7. Halimah Saddique (Kota Tinggi)
8. Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
9. Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
10. Idris Jusoh (Besut)
11. Annuar Musa (Ketereh)
12. Jalaluddin Alias (Jelebu)
13. Hasan Arifin (Rompin)
14. Abdul Rahman Muhamad (Lipis)
15. Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
16.Ahmad Hamzah (Jasin)

17. Mohd Salim Sharif  (Jempol)
18. Zahidi Zainul (Padang Besar)
19. Wee Ka Siong (MCA- Ayer Hitam)
20. Wee Jeck Seng (MCA-Tg Piai)
21. M Saravanan (MIC-Tapah)

Berikut adalah senarai Ahli Parlimen BN yang dikatakan oleh Ismail Sabri menyokong Mahiaddin tetapi tidak hadir sidang media;

22. Khairy Jamaluddin (Rembau)
23. Reezal Marican Naina Merican (Kepala Batas)
24. Dr Adham Baba (Tenggara)
25. Hishamuddin Hussein (Sembrong)
26. Mohamad Alamin (Kimanis)
27. Mohd Nizar Zakari (Parit)
28. Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
29. Tan Sri Noh Omar (Kuala Selangor)
30. Azeez Rahim (Baling)
31. Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan)

Ini pula senarai Ahli Parlimen BN yang menolak Mahiaddin;

1. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh)
2. Najib Razak (Pekan)
3. Tengku Razaliegh Hamzah (Gua Musang)
4. Azalina Othman Said (Pengerang)
5. Ahmad Maslan (Pontian)
6. Shamsul Nasarah (Lenggong)
7. Ahmad Jazlan (Machang)
8. Ahmad Nazlan (Jerantut)
9. Ramli Mohd Nor (Cameron Highland)
10. Noraini Ahmad (Parit Sulong)?
11. Bung Mokhtar Raden (Kinabatangan)?