Malaysia Dateline

Siapa lagi pemimpin politik yang tiada jawatan dalam agensi kerajaan?

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan pendekatan mereka melantik ahli politik menyertai syarikat dan badan-badan kerajaan apabila ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra (PBB) Sarawak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Petronas.

Datuk Ibrahim Baki dilantik bersama dengan Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Razali Yusof, kata satu kenyataan dari Petronas semalam.

Di Universiti Utara Malaysia (UUM), Ketua Wanita Umno Sembrong, Johor, Datuk Noraslina Zainal Abidin dan Ketua Wanita Umno Kulim-Bandar Baharu, Datuk Marlia Latiff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah universiti itu.

Sebelum ini, kesemua ahli Parlimen yang menyertai kerajaan PN dilantik memegang pelbagai jawatan dalam GLC dan badan-badan kerajaan.