Siapa Low Taek Jhow sebenarnya?

Siapa Low Taek Jhow sebenarnya?

 

Dalam buku mengenai 1MDB yang terbaru, “The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World: Billion Dollar Whale” oleh Tom Wright and Bradley Hope, dua wartawan terkenal dari Wall Street Journal di Amerika Syarikat, segala selok belok Low Taek Jhow mengenai 1MDB telah dibongkarkan dengan terperinci sejak 2009 lagi. Ia juga mengandungi butiran yang cukup intim tentang keluarganya.

Low, atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, adalah anak ketiga kepada Tan Sri Larry Low. Walaupun Tan Sri Larry Low pernah mengaut untung sebanyak USD15 juta pada tahun 1990-an di Pulau Pinang, iaitu dengan menjual saham syarikat tekstil nya, dia bukanlah salah seorang perniaga yang terkaya ataupun terunggul di Malaysia.

Tan Sri Larry Low yang dilahirkan di Thailand sebelum bermastautin di Pulau Pinang dengan ayahnya, iaitu datuk kepada Jhow Low, pada tahun 1960, pernah mengalami kerugian yang teruk dalam bisness penanaman koko.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa datuk kepada Jhow Low pernah merupakan salah satu peniaga atau pemborong candu. Tetapi Tom Wright dan Bradley Hope tidak boleh mengesahkan perkara ini.

Namun, Jho Lhow mulakan skim penipuannya sejak di bangku sekolah lagi. Di Harrow’s salah satu sekolah swasta berasrama yang paling berprestij di England, Jho Low pernah memalsukan surat kedutaan Brunei untuk menempah kelab-kelab malam jenama di London.

Di kelab itu, Jho Low dan anak anak orang kaya akan membazirkan berpuluh puluh ribu British pounds dengan minuman arak yang berjenama serta berpoya poya dengan model kelab di sana.

Cara hidup “Playboy” ini turut berlaku dengan ribuan kali di kasino dan kelab malam terkenal di Atlantic City dan Las Vegas di antara 2009-2016. Begitu juga di Europa dan Macao.

Dengan kawan karibnya dari United Arab Emirates serta Arab Saudi, Jho Low sanggup membelanjakan berjuta juta ringgit semalaman. Semuanya berdasarkan wang 1MDB yang telah pun diseleweng pada tahun 2009, semasa Jho Low berusia 27 lagi.

Keluarga Tan Sri Larry Low, serta kakak Jho Low, yang merupakan seorang peguam, menurut buku itu memang pakar dalam penyeludupan wang ke “off shore” akaun di British Virgin Islands dan Cayman Islands termasuk juga Seychelles Island.

Kesemua tempat ini tidak ditanya asal usul di mana datangnya dana yang berpuluh puluh bilion USD ini. Jhow Low juga gunakan sistem perbankan di Switzerland.

Namun Jho Low memang suka berhutang. Malah pejabat pertama Jho Low di KLCC juga pernah berhutang berbulan-bulan sehingga kontrak penyewaan terpaksa dibatalkan.

Semasa pejabat KLCC masih terbuka, adik kepada Datuk Seri MOhd Najib Razak turut menggunakannya secara percuma. Yang lainnya, Jho Low gunakan wang haramnya untuk membeli kapal dan jet mewah yang melebihi USD250juta dan USD35juta masing masing.

Pokoknya, Jho Low memang pakar wang haram antarabangsa, dan mantan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ini menurut Tom Wright dan Bradley Hope, memang ada sifat sifat gelojoh yang sama juga dengan Jho Low dan kawan kawan Arabnya yang rata-rata mengamalkan identiti palsu sebagai kerabat raja yang paling berpengaruh, sedangkan mereka bukan semestinya anak kesayangan Almarhum Sultan Abdullah di Arab Saudi.

Riza Aziz, anak tiri kepada Najib, turut tidak ketinggalan. Dengan wang haram yang diseludupi dari 1MDB, sebuah syarikat Hollywood telah dibinakan di bawah nama Red Granite. Riza Aziz juga menerima pelbagai habuan dari Jho Low sehingga sewa rumah Riza Aziz di New York City sahaja telah mencecah USD100,000 sebulan.

Rosmah Mansor, Tun Abdul Taib Mahmud di Sarawak, turut dibantu oleh pihak bank Goldman Sachs yang merupakan salah satu bank terbesar di dunia. Jaringan korupsi yang beginilah yang digunakan oleh Low Taek Jhow untuk memindahkan wang berbilion billion ke dalam akaun Najib.

Setakat ini, Najib masih belum insaf tentang wang 1MDB, mungkin sebanyai USD15 billion, yang telah lesap begitu sahaja. Wang titik peluh rakyat Malaysia telah digunakan dalam penjudian, dan segala pemborosan, yang tidak pernah disaksikan di mana mana tempat di dunia. Dalam satu penjudian, Jho Low pernah kalah sebanyak USD 2 juta dalam dua minit sahaja.

Sekiranya Najib, Umno dan Pas tidak mengenali skim penipuan yang paling terbesar dalam sejarah kewangan dunia, maka mereka akan bergelumang dengan masalah politik dan penghakiman global yang kian menjadi rumit dan tidak pula berpihak kepada mereka di merata rata dunia.

COMMENTS

Wordpress (0)