Siapa sangka wang kertas RM50 ini bernilai RM70,800, ini kisahnya

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka wang kertas RM50 keluaran boleh dijual dengan harga ratusan ringgit kepada pengumpul syiling dan wang kertas.

Menurut Pengarah Trigometric Auctions, Hann Boom, sekeping wang kertas RM50 edisi khas keluaran 2007 berjaya dijual dengan harga RM708,000 dalam sebuah acara lelongan pada Julai.

Pada lelongan minggu lalu pula, wang kertas Sarawak $25 keluaran 1929 dijual pada harga RM212,400 dan wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan ketika pentadbiran British, terjual pada harga RM188,800.

Acara itu saja telah berjaya menjana pulangan berjumlah RM8 juta yang disertai oleh kira-kira 700 pembeli.

“Semua wang kertas ini dibeli oleh mereka sendiri, mungkin sebagai pelaburan. Mereka mungkin menyimpannya seketika dan menjual semula pada harga lebih tinggi.

“Wang kertas RM50 itu adalah edisi khas yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-50,” katanya kepada FMT.

Mengenai wang kertas Sarawak, Han memaklumkan hanya ada 15 keping duit itu di seluruh dunia.

Lima daripadanya telah digred oleh syarikat bebas berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan satu lagi digred oleh sebuah firma China-Malaysia.

Lima lagi disimpan penghimpun sendirian dan belum muncul dalam pasaran, tambahnya.

“Kami menghantar syiling atau wang kertas kepada syarikat ini yang akan menilai dan melakukan penggredan.

“Harganya juga bergantung kepada bagaimana ia disimpan oleh pemiliknya. Ia disimpan dalam sarung supaya tidak terdedah dengan udara dan objek lain yang boleh merosakkan wang kertas itu,” katanya.

Han berkata, sekeping syiling 10 sen asli Malaysia yang dikeluarkan pada 1971 pernah terjual pada harga lebih RM2,000 kerana ia terhad dan jarang ditemui.

Katanya, ramai yang menceburi perniagaan membabitkan hiburan malam dan gimnasium sebelum ini beralih kepada pelaburan itu selepas terjejas teruk akibat pandemik.

“Ada sebahagiannya memang pengumpul barangan lama termasuk wang lama manakala sebahagian lain melakukannya sebagai satu pelaburan.”

Katanya, mata wang yang digunakan ketika kewujudan Negeri-Negeri Selat dan zaman penjajahan Jepun juga mampu meraih harga yang lumayan namun ia bergantung kepada keadaan dan cara penggredannya.

Hann juga seorang pengumpul tegar sejak kecil dan katanya hanya terdapat kira-kira 20 pengumpul sepertinya di Malaysia manakala 600 lagi melakukannya secara sambilan dan berhasrat menjual koleksi mereka selepas ini.

Baca juga: Istana tak akan layan dakwaan Anwar hilang sokongan majoriti