Malaysia Dateline

Siapa tidak terima tawaran YB Pagoh, dia tidak berfikir tentang rakyat?

Sebenarnya tawaran YB Pagoh tu apa kesan besarnya untuk rakyat?

Adakah YB Pagoh tawarkan moratorium tanpa faedah? Adakah YB Pagoh tawarkan tambahan bantuan tunai kepada rakyat dengan amaun yang munasabah?

Adakah YB Pagoh tawarkan insentif gaji yang besar untuk industri kecil dan sederhana (IKS) yang hampir rebah?

Adakah YB Pagoh tawarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara pukal untuk rakyat yang sedang susah?

Yang YB Pagoh tawarkan adalah Ahli Parlimen dapat tambahan peruntukan. Yang YB Pagoh tawarkan adalah Ketua Pembangkang dapat pencen Menteri Kanan.

Ahli Parlimen dapat duit tambahan tu banyaknya habis untuk program berkait parti. Datuk Seri Anwar naik gaji tu pula apa kena mengena dengan kami?

Tolonglah sedar apa sebenarnya kemahuan rakyat. Jangan terbuai dengan pembohongan penasihat.