Malaysia Dateline

‘Siapa yang sakit, eh apa jadi ni?’ – Anjing pun hairan kalau doktor guna rawatan batin

Orang ramai membayangkan tanda tanya anjing termasuk siapa yang sakit sekiranya doktor veterinar merawat tanpa menyentuh anggota tubuh mereka.

Reaksi bernada seloroh termasuk, “eh, apa jadi ni?” itu susulan ada yang menegur tindakan seorang wanita bertudung yang sebenarnya doktor haiwan menyentuh anjing.

“Benda boleh bela takda masalah, tapi jangan sampai tahap ni, anjing pun faham manusia kalau tuan dia tak sentuh, dia pun tak kan dekat dengan tuan,” kata pengguna TikTok, Faizan Ice.

Sehubungan itu, Dr Salehatul Khuzaimah menjelaskan kedudukannya sebagai perawat haiwan dan secara sinis bertanyakan sama ada perlukah guna kaedah merawat pakai angin atau pandangan mata.

Menjadi doktor haiwan yang merawat anjing bukan satu kesalahan bahkan ia satu perbuatan yang baik 8211 Gambar hiasan

“Saya kerja rawat haiwan encik. Rawat haiwan kalau tak sentuh, macam mana nak rawat?

“Rawat pakai angin? Atau pandangan mata sahaja?” sindirnya.

Jawapan balas Dr Salehatul itu kemudiannya mengundang deretan komentar di media sosial dengan menyelar individu yang dilabel ‘acah suci’ dan ‘pakai sembur’ itu.

“Baru aku tau kalau ambil course veterinary dapat belajar bahasa haiwan, tanya je apa sakit.

“Dah dia kerja sebagai veterinarian. Takkanlah nak memilih pula binatang apa nak rawat. Fahami dulu apa inti sesebuah video, siapa orangnya, apa keperluannya dia memegang haiwan itu. Jangan main sembur macam takda akal.

“Patutnya perhati dulu, baru komen. Ni tak, kadang main sembur je.

“Patut doktor tu cakap, pegang anjing boleh sertu dan sebab tuntutan kerja. Habis yang pegang tangan yang belum halal tak haram pula.”

Demikian antara reaksi warganet selain menyifatkan pandangan seperti Faizan Ice itulah mengakibatkan masyarakat bukan Muslim salah faham malah menjauhi Islam.

Baca juga Jangkaan ekonomi meleset dan Bajet 2023 – Pakar ini takut Malaysia jadi ‘kesan burung unta’

Baca juga Pelajar tingkatan satu berani keluar rumah waktu malam, jadi mangsa rogol bergilir rakan sendiri