Siapakah 5 ‘kartel dedak’ yang dibayangkan menantu Presiden?
Menantu presiden Pas, Zaharudin Muhammad hari ini mendedahkan lima nama samaran pihak yang beliau lebelkan sebagai ‘kartel dedak’.

Siapakah 5 ‘kartel dedak’ yang dibayangkan menantu Presiden?

Ekoran tulisan menantu Presiden Pas, Zaharudin Muhamad yang mengumumkan ada 5 kartel dedak, kini pelbagai tafsiran timbul, siapakan nama-nama yang dibayangkan itu.

Tekaan yang paling memberangsangkan kini datangnya dari Setiausaha Pemuda AMANAH Kelantan, Zahari Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayie Prope.

Zahari membuat tekaan siapakah ‘kartel dedak’ yang dimaksudkan oleh Zaharudin.

Dalam satu postingnya hari ini, selepas Zaharudin mengumumkan 3 nama bayangan itu, Zahari membuat tekaan kepada nama-nama singkatan yang disebut bekas ahli Majlis Syura Pas itu sebagaimana gambar di sebelah.

Menantu presiden Pas, Zaharudin Muhammad hari ini mendedahkan lima nama samaran pihak yang beliau lebelkan sebagai ‘kartel dedak’.

“Yang nilah perosaknya ialah kartel dedak yang hanya 1 kepala daripada 5 bos. 1 orang sahaja daripada 1 juta ahli,” tulis Zaharudin dalam posting terbaru di facebook beliau.

Menurut Zaharudin, kartel dedak itu adalah:

1. Dr Hussam II (kepala no 1).
2. Mr NT.
3. Mr KT.
4. Mr KH
5. Semua dah tahu.

“Yang no 5 sahabat yang bagus, cuma terlalu ikut kawan- kawan dan jadi front liner bela kawan. Yang dia tahu tak banyak pun,” kata Zaharudin.

Zaharudin mendedahkan perkara ini ekoran pertembungan antara beliau dengan kumpulan yang mempertahankan langkah Pas yang membolehkan parti itu menerima duit dari Umno sebagaimana yang didedahkan dalam audio Nik Abduh.

Bagi Zaharudin, beliau mahu Pas menjaga intergritinya dan tidak menerima wang dari Umno.

Dua hari lepas, mertua Zaharudin yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pas akan bergabung dengan Umno menjelang pilihan raya umum ke 15, satu perkara yang dianggap oleh Pas sebagai fitnah kepada partinya sebelum ini.

Antaranya Pas bertindak memecat Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dari parti itu kerana mendakwa Pas mahu bekerjasama dengan Umno.