Malaysia Dateline

Siapkan Sekolah Sukan Perlis terbengkalai, sebelum bina dewan RM35 juta

Kerajaan PN disarankan supaya menyiapkan terlebih dahulu Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang telah terbengkalai sejak 2013 yang lalu daripada Dewan Pagoh yang bernilai RM35 juta.

Malah projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang telah terbengkalai tersebut merupakan suatu projek yang sepatutnya siap pada tahun 2014, tetapi tidak menjadi realiti sehinggalah 2021.

Tinjauan yang dibuat oleh Ketua Wanita AWAN Perlis bersama-sama dengan Ketua AMANAH kawasan Padang Besar, Muhammad Yahaya serta Naib Pengerusi II AMANAH negeri Perlis, Muhammad Radzi Abdul Wahab mendapati projek yang dilaung-laungkan tersebut telah rosak teruk struktur dan bangunannya.

“Projek yang dibina atas tanah seluas 25.50 hektar tersebut sepatutnya boleh menampung antara 600 hingga 700 murid, namun begitu ia tidak kesampaian dan menjadi projek gajah putih yang merugikan rakyat.

” Kini kerajaan PN melantik pula kontaktor baru yang dijangka akan memulakan pembinaannya pada Jan 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

” Apa yang amat diharapkan ialah Muhyiddin lebih mengutamakan projek rakyat seperti pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis daripada projek RM35 juta Dewan Pagoh yang dilaung-laungkan sejak kebelakangan ini,” ujar beliau.

Tinjauan yang dibuat oleh Ketua Wanita AWAN Perlis bersama-sama dengan Ketua AMANAH kawasan Padang Besar, serta Naib Pengerusi II AMANAH negeri Perlis.