Malaysia Dateline

Siaran media Tabung Harapan bayar hutang 1MDB sudah hilang

Perbendaharaan dipercayai telah menutup satu siaran media yang dibuat sebelum ini berkaitan dengan Tabung Harapan yang ditubuhkan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu.

Apabila diklik pada link, notis ‘404’ telah dikeluarkan menandakan ia telah tidak ada lagi dalam laman itu

Ketika cuba dimasuki siaran media bernombor 5685 bertajuk “Siaran media dana Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB” telah tidak ada lagi.

Apabila diklik kepada link itu, ia hanya tertulis “404 page not found”

Selepas kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan, para penyokong mereka sentiasa mempersoalkan ke mana perginya wang kutipan melalui Tabung Harapan itu.

Sebelum ini, penyokong Pakatan Harapan (PH) sentiasa menjadikan siaran media dari Perbendaharaan itu jawapan kepada persoalan itu.

Mengikut siaran media itu, kesemua kutipan yang dibuat melalui Tabung Harapan telah digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Namun kini siaran media Perbendaharaan itu dipercayai telah dibuang dari sistem.

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan PH apabila ramai yang ingin menyumbang untuk negara ekoran dibebani dengan hutang khasnya dari 1MDB.

Jumlah kutipan terakhir yang diumumkan adalah RM205 juta.