Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Siaran TV digital MyFreeView akan menjalankan penyusunan semula frekuensi

Siaran TV digital MyFreeView akan menjalankan penyusunan semula frekuensi

Oleh BERNAMAFebruary 14, 2020 6:12 pm




MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula untuk siaran TV digital.

Proses penyusunan semula frekuensi itu akan melibatkan pemancar Bukit Tinggi dan Gunung Ledang di Johor, Seberang Jaya dan pemancar Pulau Pinang U4 di Pulau Pinang dan Gunung Jerai di Kedah.

Ketika ini, penyiaran TV digital menggunakan dua frekuensi di setiap stesen pemancar.

“Proses penyusunan semula frekuensi ini hanya melibatkan perubahan kepada frekuensi kedua sahaja dan akan dilakukan antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi,” kata MYTV dalam satu kenyataan hari ini.

Penonton dinasihat untuk meletakkan dekoder atau TV berintegrasi digital (IDTV) dalam keadaan mod ‘standby’.

“Sekiranya penonton mengalami masalah penerimaan siaran selepas kerja penyusunan frekuensi ini, penonton perlu membuat penalaan semula dekoder atau IDTV bagi mendapatkan frekuensi baharu,” katanya.

Selain itu, sekiranya penalaan semula secara manual diperlukan, pengguna boleh menyemak senarai frekuensi yang baharu di laman sesawang; https://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-of-frequency.pdf.

“Kami akan mengemaskini semua maklumat mengenai penyusunan semula frekuensi ini melalui Facebook dan laman sesawang rasmi MYTV atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production