Siasat nahas helikopter, elak pegawai kerajaan terlibat kempen pilihan raya

Siasat nahas helikopter, elak pegawai kerajaan terlibat kempen pilihan raya

Siasatan awam perlu dijalankan terhadap nahas helikopter terhempas yang mengorbankan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar di Batang Lupar, 5 Mei lalu ketika pilihan raya negeri Sarawak rancak berjalan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Siasatan awam perlu dijalankan terhadap nahas helikopter terhempas yang mengorbankan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar di Batang Lupar, 5 Mei lalu ketika pilihan raya negeri Sarawak rancak berjalan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata satu siasatan penuh wajar dijalankan demi keselamatan penerbangan helikopter di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang bahawa Malaysia khususnya Sarawak tidak mempunyai rekod yang baik berhubung nahas helikopter.

Menurut Kit Siang, Azman menganggarkan dalam tempoh 15 tahun terdapat 15 tragedi nahas maut helikopter yang meragut 33 nyawa termasuk golongan VIP yang antaranya Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Kenyataan itu juga mendedahkan, dalam tempoh dua minggu kempen pilihan raya Sarawak, dianggarkan 80 helikopter telah digunakan dan kebanyakan penyedia perkhidmatan tersebut adalah dari Indonesia dan Filipina.

“Adakah semua jenis helikopter ini sesuai diterbangkan dan adakah juruterbang asing biasa dengan kawasan sekitar dan keadaan cuaca yang tidak menentu di Sarawak?” soal Kit Siang.

Pada masa yang sama, beliau turut membangkitkan penglibatan pegawai tinggi kerajaan dalam kempen BN di Sarawak.

“Mengapa Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Annamalai, dilibatkan dalam kempen pilihan raya Sarawak?

“Dan siapa lagi kakitangan awam dari Putrajaya yang dilibatkan dalam kempen pilihan raya BN semasa pilihan raya Sarawak yang lalu?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan awam yang dicadangkannya itu turut menyenaraikan pegawai awam termasuk dari Putrajaya yang terlibat dalam kempen BN sewaktu pilihan raya Sarawak.

Ini kerana, tambah beliau, penglibatan kakitangan awam dalam kempen plihan raya adalah salah di segi peraturan dan tidak patut berulang.

TAGS