Siasat SR bagaimana peroleh Laporan 1MDB, kata Salleh

Siasat SR bagaimana peroleh Laporan 1MDB, kata Salleh

Polis harus segera menyiasat bagaimana Sarawak Report (SR), laman web yang berpangkalan di London, memperoleh sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata siasatan itu harus dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan ketirisan dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak berleluasa, kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA. Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara.

“Laporan bahawa Sarawak Report mempunyai dokumen yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi patut disiasat oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata sekiranya dikenal pasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Tanpa tindakan yang sewajarnya, integriti dan kedaulatan negara boleh tercabar, katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Sarawak Report telah menyiarkan sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB

COMMENTS

Wordpress (0)