Siasatan 1MDB : Khairuddin minta Najib kunci mulut

Siasatan 1MDB : Khairuddin minta Najib kunci mulut

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak seharusnya duduk diam-diam tanpa mengeluarkan kenyataan tak berasas apabila mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan dirinya dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi PH Datuk Najib yakin dirinya tidak akan disabitkan apa-apa kesalahan jika kes dibawa ke mahkamah.

Sehubungan dengan itu, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, Najib sedang berada di ‘alam penafian’.

“Saya secara jujur ingin sarankan Najib Tun Razak selaku bekas perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara agar duduk diam-diam serta jangan terlalu banyak buat kenyataan provokasi yang tidak mempunyai asas sama sekali,” dalam kenyataannya semalam.

Khairuddin dengan tegas memberi peringatan kepada Najib tindakan undang-undang akan diambil keatas pengkhianat negara.
Beliau turut memberitahu, kerajaan bukannya tiada bukti kukuh, tetapi memberi lalun kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka selaku penyiasat.

“Yang hendak siasat serta mendakwa Najib Tun Razak adalah polis dan SPRM. Semua pihak kena menghormati segala gerak kerja polis dan SPRM untuk menyiasat seterusnya mendakwa Najib Tun Razak kelak sekiranya terdapat unsur-unsur kekukuhan bukti salahlaku ke atas mantan perdana menteri paling korup itu

“Sesiapa pun tidak boleh membuat ulasan kesalahan-kesalahan jenayah dilakukannya melepasi pihak penguatkuasa undang-undang di tanahair kita,” ujarnya.

Menurut tulisan Khairuddin, beliau yakin bukan sahaja penguatkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mantan perdana Menteri itu, bahkan badan undang-undang di beberapa negara luar juga akan turut serta mengheret Najib ke muka pengadilan, Najib harus dihukum tegasnya.

“Beliau mesti dihukum setimpal dengan segala pengkhianatannya pada bangsa dan negara. Tetapi malangnya Najib Tun Razak masih hidup dalam keadaan penafian.” ujarnya lagi.

Tambah Khairuddin, secara peribadinya beliau yakin Najib dan sekutunya akan tewas di gelanggang pengadilan yang benar-benar telus di bawah pemerintahan kerajaan baharu PH.