Siasatan terhadap Annuar harus telus, Mara bukan boneka BN

Siasatan terhadap Annuar harus telus, Mara bukan boneka BN

Aminolhuda HassanMajlis Amanah Rakyat (Mara) diminta lebih telus dalam menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hasan berpandangan dengan penggantungan sementara jawatan Tan Sri Annuar Musa beliau turut mempersoalkan mengapa pergantungan itu dilakukan selepas pendedahan oleh Tengku Mahkota Johor.

“Apakah Mara tidak sedar atau sekadar membutakan mata sebelum pendedahan itu dilakukan?

“Mara adalah sebuah agensi rakyat yang sepatutnya harus lebih peka dan bertindak lebih berani dalam memperjuangkan isu rakyat.

“Bila siasatan yang akan dilakukan kelak saya harap ia lebih telus dan terbuka tanpa sebarang pengaruh politik untuk menampal kelemahan seseorang pemimpin.

“Laporan audit menyeluruh juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti berapa banyakkah ketirisan yang berlaku selama ini. Mara bukan boneka BN,” ujarnya.

Justeru katanya lagi, Mara seharusnya lebih peka dengan sebarang bentuk salah laku atau penyelewengan di dalam agensi itu serta lebih menumpukan kepada agenda membela rakyat berbandin sebuah pasukan bola sepak ujarnya, amat mengecewakan.

“Dalam kesempitan hidup hari ini Mara harus memainkan peranannya dengan lebih baik seperti memberi pembiayaan biasiswa bukan pinjaman kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi tiada kemampuan.

“Peruntukkan untuk biasiswa pendidikan yang dikurangkan perlu dipertingkatkan semula agar ramai yang boleh merasai akan kebaikan dari kewujudan agensi itu.

“Pendedahan atas salah guna dana Mara kepada pasukan bola sepak yang berlaku lebih mengecewakan.

“Jika dana itu sebagai pinjaman kepada pasukan bola sepak tersebut, apakah cagarannya dan jika ia sebagai pelaburan apa jaminannya?,” ujar beliau.

Beliau mengulas mengenai penggantungan sementara jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Mara merangkap Pengerusi Pelaburah Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa pada Isnin lalu.

SPRM dalam satu kenyataan hari sama turut membuka kertas siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana UniKL untuk menaja pasukan The Red Worrior.

Annuar masih kekal sebagai Ketua Penerangan Umno sehingga  Jawatankuasa Dalaman Audit memuktamadkan hasil siasatan dilakukan.

TAGS