Siasatan universiti luar negara dinafikan, gesa Kementerian Pendidikan tubuh j/k bebas siasatan

Siasatan universiti luar negara dinafikan, gesa Kementerian Pendidikan tubuh j/k bebas siasatan

Sekumpulan ahli akademik dari Kota Kinabalu mendakwa hasil siasatan dari University of Hull menerima aduan berkaitan kes timbalan dekan merangkap pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) plagiat tesis daripada buku tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk ‘The Malay Delemma’ tidak mengandungi kandungan plagiat, adalah meragukan dan tidak sah.

Difahamkan UMK telah menghantar aduan dibuat oleh kumpulan akademik itu ke University of Hull bagi menjalankan siasatan dengan pihak universiti luar negara itu mengunakan perisian Turnitin.

Bagaimanapun hasil siasatan mengunakan perisian Turnitin itu,  dakwa  Nusra Fadeli yang mewakili kumpulan ahli akademik menjelaskan  perisian digunakan itu tidak dapat mengesan bahasa asing di beberapa muka surat yang diplagiat.

Beliau memperoleh salinan keputusan siasatan university tersebut menerusi email yang dihantar sebagai pengadu oleh pihak University of Hull.

“Kami baru menerima satu reply email dari University of Hull yang mengatakan mereka telah menerima aduan berkenaan kes plagiat dari UMK dan telah menjalankan siasatan.

“Hasil dari siasatan tersebut telah dihantar ke Professor Basri, yang bertugas sebagai Chairman of the Academic Integrity Committee di UMK. Salinan disertakan kepada kami sebagai pengadu.

“University of Hull mengatakan mereka telah menyiasat aduan tersebut dengan menggunakan perisian Turnitin, iaitu satu perisian komputer untuk mengesan plagiat di kalangan pelajar, dan hasil analisis perisian itu mendapati thesis tersebut tidak mengandungi plagiat.

“Kami ingin mengatakan siasatan yang dibuat oleh University of Hull dengan menggunakan perisian Turnitin sangat meragukan dan tidak sah.” ujarnya dalam kenyataan menerusi email kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau menjelaskan perisian Turnitin tidak dapat mengesan ciplakan 7 mukasurat thesis itu yang disalin bulat-bulat dari buku ‘The Malay Dilemma’ karangan Tun Dr. Mahathir; iaitu thesis mukasurat 10 hingga 16.

“Turnitin hanya dapat mengesan 1 paragraph ciplakan dari buku Tun Dr. Mahathir, itupun dilaporkan sebagai ‘similarity with student assignment’

“Turnitin ialah satu perisian ‘similarity checker’ bukan ‘plagiarism checker’; ia tidak mampu mengenalpasti ciplakan idea dari buku, contohnya ia tidak mengenal buku The Malay Dilemma.

“Turnitin tidak dapat mengesan ‘similarity’ dengan buku-buku yang ditulis sebelum tahun 2005.

“Turnitin tidak dapat mengesan ciplakan pada 95 mukasurat thesis tersebut yang kami lakukan secara manual iaitu dengan membandingkan dengan buku asal di perpustakaan,” terangnya.

Katanya lagi, sebagai ‘similarity checker’, perisian Turnitin tidak dapat mengesan paragraph asal yang telah diubah beberapa patah perkataan dan tidak dapat mengesan idea yang diterjemah dari bahasa asing.

Justeru dipihaknya, Nusra memberitahu telah melakukan analisis dengan menggunakan perisian lain iaitu plagiarism.net iaitu dengan upload kesemua 95 mukasurat thesis yang mengandungi unsur ciplakan untuk diproses.

“Perisian plagiarism.net melaporkan kadar ciplakan yang sangat mengejutkan iaitu 85%! Kadar maksima yang dibenarkan di mana-mana universiti ialah 25%,” ujarnya.

Justeru sekali lagi beliau mendesak Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh ahli akademik luar UMK untuk menyiasat perkara ini.

“Sekiranya ciplakan dibiarkan berleluasa, tiada sesiapa akan percaya kepada ahli akademik di Malaysia,” tegasnya.

Baca ; Menteri Pendidikan diminta beri perhatian

9.3
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 10.0