Tidak menjadikan keretakan rumah tangga anak dan menantu sebagai penghalang untuk raya bersama malah sudah pergi bercuti pada raya kedua..
Tular cerita yang menyatakan isteri kedua Syamsul Yusof beraya di kediaman pengarah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Yusof Haslam bagaimanapun mendakwa beliau sekeluarga bersama besan iaitu emak dan ayah Puteri Sarah Liyana bercuti di Pulang Pinang sejak raya kedua.
“Sebenarnya saya tak terkejut pun berita palsu begini ‘dinaikkan’ segelintir pihak yang saya sendiri pun tidak tahu faedah apa mereka dapat dengan menipu.
“Pada 2 Syawal kami sudah ‘terbang’ ke Pulau Pinang selama dia hari bersama, anak menantu termasuk Sarah, ibu bapanya serta cucu-cucu.
“Sebelum itu menantu kami beraya dengan kami pada pagi 1 Syawal, sebelum menyambut Aidilfitri ini dengan keluarganya di Shah Alam, pada sebelah petang.
“Cuma pelik macam mana boleh timbul cerita wanita itu datang beraya kerana sepanjang ketiadaan kami ada abang sulung saya tolong tengokkan rumah.
“Kalau ada yang singgah pun cuma sekumpulan kanak-kanak yang mungkin tinggal di sekitar, jadi memang tak betul dia ke rumah kami,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Yusof Haslam turut menyatakan bahawa isterinya enggan lagi berharap untuk Syamsul pulang beraya.
“Sebelum ini ibunya ada tertunggu-tunggu Syamsul balik, iyalah hati emak mana yang tak teringat walau anak-anak sudah dewasa dan punya keluarga sendiri.
“Sekarang isteri saya itu dah tak mahu berharap lagi, dan minta saya pun jangan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana tak ingin rasa kecewa.
“Apa pun macam yang selalu saya cakap, pintu rumah sentiasa terbuka untuknya,” tambahnya.
Kes perceraian di antara Syamsul dan Puteri Sarah masih berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan selepas pengarah tersebut enggan melafazkan cerai pada 18 April lalu.
Baca juga: “Cuaca panas sangat”, ‘duyung’ terlepas di KLCC akhirnya di escort polis