Malaysia Dateline

‘Sibuk dengan undi percaya PM’ – Rakyat bidas ciapan lelaki tak peka isu semasa

Seorang individu di Twitter memuat naik ciapan yang mempersoal ke mana hilangnya Ahli Parlimen dan menteri yang didakwa langsung tidak bercakap mengenai isu banjir yang sedang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Malah dia mengungkit kembali isu kemarahan rakyat di kala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen padahal sedang menghadapi musim banjir.

“Tak ada seorang pun MP atau menteri daripada kerajaan bercakap pasal isu banjir di Kelantan dan Terengganu sekarang ni.

“Semuanya sibuk mesyuarat dan merancang mengenai undi percaya kepada PM. Dulu bila Ismail Sabri bubar Parlimen sibuk suruh tumpu pada banjir,” tulisnya.

Kenyataan tersebut bagaimanapun dibidas pengguna Twitter lain yang menganggap pemilik kepada ciapan tersebut tidak peka dengan isu semasa.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan kerja dan menziarahi mangsa banjir di SK Gual Tok Deh di Pasir Mas, Kelantan pada 15 Disember lalu.

Malah, beliau telah mengumumkan peruntukan RM12 juta bagi enam unit pam bergerak berkuasa tinggi untuk mengatasi banjir termenung di Pasir Mas.

“Abang, orang buat kerja bukan setakat datang ambil gambar kemudian muat naik dekat media sosial. Zahid dah pergi awal-awal dah sana.

“Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) pun dah keluarkan arahan 4,000 bomba bersiap sedia, orang dah buat benda ni empat hari lepaslah,” komen pengguna Twitter.

Pada 6 Disember lalu, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah mengenal pasti 4,795 kawasan berisiko banjir menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini melibatkan kesemua negeri, khususnya negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.