Sibuk rakam anak sampai tak perasan ada ‘makhluk’ lain tengah bersenam sekali

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ibu akan merakam gelagat anak sebagai kenangan namun wanita ini tidak menyangkan akan terakam sekali ‘makhluk’ lain.

Video tersebut dikatakan dirakam semasa senja di taman permainan dan ketika itulah kejadian alat senaman bergerak sendiri berlaku.

@nrarinaaa_

Seram bila tengok belakang lagi laju hayun dari anak 😂 masa main serious takperasan pun. Tu la senja senja org tua pesan dok dalam rumah takmau dengar #seram #fypシ #fypage #hantusado #senja #2023❤😍

♬ original sound – Arinajohaizi – Nrarina

Si ibu menerusi TikTok @nrarinaaa_ mengaku tidak perasan kejadian tersebut semasa merakam dan hanya sedar selepa melihat video.

“Seram bila lihat belakang lagi laju hayun daripada anak, masa main tak perasan pula.

“Tu la senja orang tua pesan duduk dalam rumah, tak dengar (cakap),” katanya pada video tersebut.

Tidak melihat video ini sebagai seram, warganet menjadikan ini alasan untuk bersenam lebih kuat.

Bila lihat video ni, saya dapat kesedaran. Jika hantu rajin bersenam maka saya juga perlu lebih rajin bersenam,” komen @Asmawatia1.

“Mesti nak pakai kebaya raya nanti. Tu yang asyik bersenam,” ujar @miss.orkid.

Bila dah senja, eloklah kita berada dalam rumah takut juga terbawa balik ‘teman’ ke rumah kelak.

Baca juga: Remaja tidak sedar terakam makhluk misteri berbongkok