Sidang DUN P.Pinang 30 Ogos secara semuka bukan maya

Oleh NASUHA RAHMAN

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Ogos bulan ini tidak akan dijalankan secara maya, sebaliknya akan dilaksanakan secara semuka.

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, peraturan mesyuarat hanya membenarkan sidang Dun dijalankan secara bersemuka.

“Oleh kerana itu, penyusunan semula kedudukan semasa mesyuarat nanti serta prosidur operasi standard (SOP) berkaitan persidangan Dun akan dimaklumkan tidak lama lagi.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memantau perkembangan semasa kes Covid-19 dan menghantar notis kepada semua ADUN bahawa persidangan akan berlangsung pada 30 Ogos dengan lebih teliti.

“Kita akan memantau keadaan semasa segala atur cara yang diperlukan dan memastikan penyusunan semula kedudukan semasa sidang Dun nanti bagi memastikan semua SOP yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujar beliau.