Malaysia Dateline

Sidang Kemuncak KL: Sisi pandang ketidakhadiran Presiden Pakistan

Berita gempar daripada Sidang Kemuncak ini ialah ketidakhadiran Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan. Bagi saya ia adalah berita buruk, tetapi dalam peribahasa kewartawanan Barat, ‘Bad news is good news’.

Namun dalam kes ia tidaklah berita baik. Banyak pula spekulasi yang didengari mengenai ketidakhadiran PM Paksistan ini. Ada yag menggatakan Pakistan mendapat tekanan daripada Arab Saudi yang dinafikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ketidakhadrian Imran tidak ada kena mengena dengan tekanan Saudi.

Tetapi Imran tidak menyatakan sebab keidakhadirannya (Mungkin Imran tidak perlu menyatakan sebabnya), dan Tun Mahathir sekadar mengatakan tiada paksaan dalam agama dab beliau tidak boleh memaksa mana-mana negara yang dijemput untuk hadir.

Jika saya tidak silap beberapa bulan lalu, Imran pernah mengatakan yang Dr Mahathir adalah personaliti ideal dan mengagumi visi Turki. Semasa pertemuan di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga), beliau bersama Malaysia dan Turki ingin membentuk blok Islam.

Saya tidak pasti tetapi mungkin Imran tidak sedar bahawa Turki sedang muncul sebagai kuasa Islam yang digeruni membelakangkan Arab Saudi, yang tentunya tidak disukai Riyadh.

Imran Khan (kiri) ketika bercakap kepada rakan sejawatannya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan kerja ke Malaysia pada 21 November 2018 lalu. Foto – AFP

Pada pandangan saya, Imran mungkin nampak Sidang Kemuncak ini sebagai sinar bagi beliau dan Pakistan tetapi Riyadh tidak selesa dengan kenyataan Imran. Mungkin Saudi juga merasakan bagaimanakah sebuah negara yang akan menerima pelaburan berjumlah AS$20 biliion itu ingin duduk setanding dengan Turki dan Malaysia misalnya.

Pada bulan Februari lalu, Putera Mohammad bin Salman yang melawat Pakistan telah berjanji membuat pelaburan di Pakistan.

Adalah kemungkinan Pakistan telah malu alah dengan jemputan Dr Mahathir selepas Perdana Menteri Malaysia itu membuat pendirian tegas berhubung dengan isu Khasmir.

Saya sempat bertemu dengan beberapa wartawan antarabagsa. Semasa bersembang-sembang sewaktu makan tengahari, saya bertanyakan kepada mereka apakah sebab ketidakhadiran Pakistan?

Seorang wartawan dari Pakistan berkata dia juga sedih dan berpandangan kemungkinan ia dikaitkan dengan tekanan Arab Saudi. Wartawan tersebut berkata Imran adalah kebanggaan Pakistan, dan dengan ketidakhadiran ia akan memberikan sedikit kekecewaaan kepada rakyat Pakistan.

Katanya rakyat Pakistan mengharapkan Imran membangunkan Pakistan sebagai negara yang maju dalam kalangan negara Islam. Dan menurut wartawan tersebut inilah masanya Pakistan melakukannya di Sidang Kemuncak ini.

Rasanya mungkin dengan tidak menyebutnya secara lebih mendalam, ketidakhadiran Imran dapt dikaitkan dengan isu maruah kepada Pakistan.

Seorang wartawan Al Jazeera yang saya temui mengatakan pada pandangannya ketidakhadiran Imran di Sidang ini mungkin ada kaitannya dengan tekanan Arab Saudi.

Bagaimana Dr Mahathir telah mereda keadaan dengan menjelaskan kepada Raja Salman dalam sidang videonya bahawa Sidang Kemuncak KL 2019 tidak bertujuan untuk mewujudkan blok Islam baharu menggantikan OIC.

Secara peribadi saya merasakan jika tujuan Sidang Kemuncak KL ini untuk membangunkan semula peradaban Islam dalam teknologi, pendidikan, belia dan industri ia tentunya merupakan kemenangan kepada Islam.

Mengapakah Arab Saudi harus cemburu dan merasakan disisih? Walaupun Arab Saudi banyak membantu negara Islam, ia tidak harus menjadi “Abang Long” sehingga segala projek atau gagasan pembangunan Islam harus dirujuk kepada Riyadh.