Sidang parlimen Julai ini sanggah tanggapan PRU awal

Sidang parlimen Julai ini sanggah tanggapan PRU awal

Notis diterima anggota parlimen tentang persidangan parlimen bermula 24 Julai hadapan menangkis tanggapan bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan seawal Julai ini.

Notis bertarikh 9 Jun itu memaklumkan tentang mesyuarat kedua, penggal kelima, parlimen ketiga belas dan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat.

Menurut notis tersebut, mesyuarat Dewan Rakyat akan berlangsung dari 24 Julai hingga 10 Ogos (12 hari) manakala Dewan Negara akan bermesyuarat dari 14 Ogos hingga 22 Ogos (enam hari).

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, pihaknya meramalkan parlimen mungkin akan dibubarkan sebelum sidang parlimen akan datang (sesi Julai 2017) supaya Rang Undang-undang 355 (RUU 355) tidak perlu dibahas.

Beliau turut mempersoalkan sama ada sidang itu akan diteruskan mengikut jadual dan adakah RUU 355 akan dibahaskan pada sesi itu.

TAGS