Malaysia Dateline

Sidang Parlimen secepat mungkin: Biro Politik Umno mesyuarat malam ini

Susulan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin, Biro Politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Mesyuarat yang dijadualkan pada 8 malam itu akan diadakan secara maya oleh beberapa pemimpin tertinggi parti, lapor FMT.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” kata sumber.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.