Malaysia Dateline

Siddiq Fadzil dimasukkan ke ICU, dibantu alat pernafasan

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang berpengaruh sehingga sekarang, Datuk Dr Siddiq Fadzil kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dibantu dengan alat pernafasan.

Sehubungan itu, Abim dalam satu kenyataannya menyeru agar semua pihak berdoa kepada Allah agar tokoh dakwah ini kembali sihat.

Ustaz Siddiq adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 2018, mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tahun 1970 an, mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tahun 1970 an, presiden ketiga ABIM tahun 1980 an dan juga mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pertama pada tahun 2005.