Sifat berani Aqiel, rakan-rakan wajar dicontohi, tidak mahu kes Bella teruk didera berulang

Oleh NASUHA RAHMAN

Sifat berani pemuda yang bernama Aqiel serta rakan-rakannya wajar dicontohi kerana berani bertindak merakam penderaan seorang kanak-kanak bernama Alia, agar kes remaja Bella yang teruk didera tidak lagi berulang.

“Kita tidak mahu lagi kes Bella yang teruk didera oleh Siti Bainun kerana pekerja-pekerja di rumah pengasuh ‘Rumah Bonda’ tidak bertindak segera walaupun melihat kejadian tersebut,” kata pengguna Facebook Norman Radzuan.

Beliau menyifatkan Aqiel dan rakan-rakannya bukan sahaja berani tetapi bijak apabila merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti.

“Anda telah menunjukkan tauladan yang baik untuk rakyat Malaysia ikuti.

“Terima kasih di atas keberanian anak muda itu yang melaporkan perbuatan majikannya selama ini mendera kanak-kanak 4 tahun itu,” kata beliau.

Sikap berani Aqiel, rakan-rakan wajar dicontohi, tidak mahu kes Bella teruk didera berulang
Rakyat Malaysia berterima kasih kepada Aqiel dan rakan-rakan

Beliau seperti orang lain di mana terus menyirap satu badan apabila melihat video Alia didera ibu angkatnya.

“Kenapalah manusia lebih kejam dari binatang” kata beliau.

“Pasti anda menonton klip video akan merasai perasaan yang sama (marah & sedih).

“Apapun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aqiel dan rakan-rakan kerana berani dan bertindak segera sebelum terlambat.

“Sikap Aqiel itu wajar dicontohi oleh rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Beliau berharap pasangan suami isteri terbabit tidak terlepas daripada hukuman yang sepatutnya kerana bukti video tersebit jelas dan tidak perlu dinafikan lagi.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia ucap terima kasih Aqiel dan kawan-kawan yang telah menyelamatkan Alia,

‘Tahniah Aqiel’ itulah ucapan yang diberikan orang ramai di atas keberanian beliau dan kawan-kawannya yang merakam video Alia didera majikannya sebagai bukti sebelum membuat laporan polis.

“Tahniah anak-anak muda yang prihatin dan berani..” kata netizen.

Baca juga: Tidak sanggup lihat Alia didera pemuda ini nekad rakam dan lapor polis terhadap majikan