BN Selangor tidak profesional enggan terima peruntukan kerajaan negeri, kata DAP

BN Selangor tidak profesional enggan terima peruntukan kerajaan negeri, kata DAP

Lau Weng SanKemenangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Besar tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan parti itu untuk menawan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.

Ini kerana sikap tidak profesional dan ketinggalan zaman menjadikan mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang efektif dan berkesan dalam Dewan Negeri Selangor.

Ini termasuk keengganan BN Selangor untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri sejak sekian lama, serta tidak mahu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Dun Selangor dan tidak mahu menerima peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri.

Dalam perkara berkaitan, Adun Kampung Tunku Lau Weng San menasihati Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang supaya tidak menggadaikan nasib rakyat di kawasannya.

“Budiman pernah didatangi dengan permintaan peruntukan daripada pengundi semasa kempen pilihanraya tetapi telah menangguhkan permohonan itu dengan alasan “tunggu saya menang dahulu”.

“Saya menganggap jawapan ini sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana sama ada Budiman menang atau kalah dalam PRK, beliau tetap Adun Sungai Panjang dan layak untuk menggunakan peruntukan RM200,000 yang ditawarkan kepada beliau oleh Kerajaan Selangor,” ujar beliau seperti di lapor Roketkini.

Bagi beliau Budiman seharusnya menerima tawaran Kerajaan Negeri dan membantu rakyat di kawasannya.

Menurutnya sebelum BN Selangor menanam cita-cita untuk ‘merampas’ negeri itudalam PRU14, mereka perlu terlebih dahulu mengetengahkan sikap professional dan bekerja tanpa menggadaikan kepentingan rakyat.

COMMENTS

Wordpress (0)