Sikap hipokrit Malaysia dan sekutunya terhadap krisis kemanusiaan di Sri Lanka

Sikap hipokrit Malaysia dan sekutunya terhadap krisis kemanusiaan di Sri Lanka

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Kerajaan harus menyatakan pendirian Malaysia terhadap tekaanan kerajaan Sri Lanka untuk menutup kekejaman yang berlaku di negara itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, hukuman yang di kenakan ke atas aktivis Lena Hendry kerana menayangkan filem dokumentari tentang jenayah perang saudara Sri Lanka amat mengecewakan.

“Filem ” No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka” adalah filem dokumentari menunjukan kekejaman dan pembunuhan beramai ramai seperti juga filem tentang kekejaman yang berlaku di Palestin, Kampuchia, Bosnia dan Vietnam yang pernah dan masih di tayang luas di Malaysia.

“Kenapa peristiwa di Sri Lanka di haramkan penayangan nya ? Ini adalah lebih berunsur campur tangan politik pemimpin Malaysia diatas tekanan kerajaan Sri Lanka untuk menutup kekejaman yang telah berlaku,” ujarnya dalama satu kenyataan hari ini.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Biro Antarbangsa Amanah mempersoalkan kerajaan yang dakwanya dilihat tunduk dengan tekanan kerajaan Sri Langka kerana menghalang penayangan filem tersebut di Malaysia.

“Di mana pendirian Malaysia dalam isu keadilan? Dimana kah kemerdekaan kita untuk bersuara.

“Apakah lagi situasi Malaysia kini menduduki kerusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu-(PBB)untuk keamanan dan keselamatan dunia.

“Begitu juga tentang kekejaman serangan sekutu tentera Arab Saudi yang memusnahkan dan membunuh begitu ramai rakyat Yamam sebuah Negara termiskin di benua Arab. Mengapa Malaysia terus membisu walaupun mempunyai suara dan pengaruh di PBB ?,” soalnya.

Dalam isu Sri Lanka ini pertubuhan antarabangsa Human Rights Watch- HRW, dan beberapa pertubuhan antarabangsa lain mengutuk tindakan ke atas Lena Hendry dan pendirian memalukan Malaysia.
Phil Robertson, Timbalan Pengerusi HRW Asia menyelar peranan Malaysia menghalang pendedahan kekejaman jenayah perang.

“Sebagai ahli Parlimen saya mengutuk sikap bersubahat dan menyekat maklumat di sebar dan di bahas di Parlimen berkaitan kekejaman di Sri Lanka, Yaman dan Myanmar.

“Isu kaum Rohingnya ditolak untuk dibahas secara rasmi di Parlimen tetapi kerajaan Umno bersama sekutu politik barunya dari Pas berhimpun di Stadium untuk keuntungan politik sempit murahan peribadi mereka.

“Inilah sikap hipokrit pemimpin yang mengakui berjuang di atas prinsip perjuangan Islam tetapi berbuat sebaleknya. Bukankah Islam menuntut keadilan bagi semua yang di zalimi tidak mengira agama dan bangsa?,”soalnya lagi.

TAGS