Sikap kekal tenang, menjaga aib bekas suami Mizz Nina dipuji netizen walaupun hampir 11 tahun rumahtangga yang dibina bersama artis Noh Hujan sudah musnah hari ini.
Berita pencerain artis Noh Hujan dengan Mizz Nina mengejutkan ramai kerana pasangan ini tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi sebelum ini.
Namun Mizz Nina yang sangat berbeza dengan wanita-wanita lain bersikap matang dan wajar dijadikan contoh.
“Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
“Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi,”ujar peminat Suryani Yaakop.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.
“Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati seperti adanya.” katanya.
Walaupun sah bercerai, Mizz Nina tetap berterima kasih pada bekas suami, tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri.
“Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh.
“Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
“Dan dalam post yang lain. Tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Bahawa setiap satu ujian menimpa sentiasa tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
“May you grow strong,” titip beliau untuk Mizz Nina.
Pasangan selebriti popular, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dan anggota kumpulan Hujan iaitu, Mohammad Noh Salleh didakwa sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada Khamis.
Menerusi Instagram milik Noh Hujan, dia mengesahkan sudah mengakhiri perkahwinan yang dibina selama 11 tahun bersama Mizz Nina. Pasangan ini baru sahaja mengambil anak angkat, Musa sebagai penyeri rumahtangga mereka.