Sikap,kenyataan pimpinan Bersatu punca rundingan dengan Pas gagal

Sikap,kenyataan pimpinan Bersatu punca rundingan dengan Pas gagal

 

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dr Rais Hussein Mohamed Ariff berkaitan kegagalan rundingan  dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disebabkan lima individu dalam Pas.

Belia menjelaskan punca rundingan antara Pas- Bersatu gagal disebabkan sikap dan kenyataan pimpinan utama Bersatu.

“Perundingan antara Pas dan Bersatu gagal disebabkan lima individu yang disenaraikan beliau (Dr Rais), sebaliknya punca utama ialah sikap dan kenyataan pimpinan utama Bersatu berhubung Agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan termasuk RUU355, dan serangan terhadap Pas itu sendiri oleh tokoh mereka,” ujarnya dalam kenyataan petang ini.

Dr Rais Hussin Mohamed AriffTuan Ibrahim mengulas kenyataan dibuat Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, hari ini yang dipetik berkata, ada sekumpulan lima individu Pas yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan itu.

Dr Rais menganggap mereka sebagai “bekerja keras untuk Umno” Rais dipetik menyebut beberapa nama membabitkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan Nasrudin Hassan; Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, perundingan antara Pas dan Bersatu adalah mandat Jawatankuasa Pas Pusat yang telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden manakala Dr Ahmad Samsuri,  Dr Khairuddin dan Nasrudin adalah ahli Jawatankuasa Perundingan tersebut.

“Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota Jawatankuasa Perundingan.

“Pas menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Mahathir khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas.

“Selepas mesyuarat demi mesyuarat diadakan antara Bersatu dan Pas bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti, rancangan itu akhirnya gagal menjadi kenyataan,” ujarnya.

Sebelum ini Dr Ahmad Zuhdi dalam tulisannya juga pernah menyebut bahawa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) berusaha untuk mewujudkan jalinan (kerjasama) tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu) pula terus masuk ke perangkap DAP yang beliau sendiri sebut sebelum ini sebagai golongan cauvinis dan anti-Islam.

Usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai penyelesaian sebenar kepada kemelut yang dihadapi negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin digembeling sekiranya DAP terlibat sama.

 

COMMENTS

Wordpress (0)