Sikap kita keterbelakang dari negara maju, kata Hanipa

Sikap kita keterbelakang dari negara maju, kata Hanipa

Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin hari ini bercakap soal perbandingan sikap rakyat negara ini berkaitan industri pembuatan kereta nasional ke-3.

Beliau berkata, negara maju seperti Germany dan Jepun rakyatnya lebih terbuka mengenai pembangunan industri automobil di negara itu.

“German-antara negara pengeluar kereta yang hebat.

“Parlimen mereka (Bundestag) telah berbincang tentang kesan kepada ‘industry workforce’.Jika Kerajaan melarang penggunaan kereta konvensional yang guna ‘a combustion engine’ – yang guna bahan bakar seperti petrol/diesel. Dikhabarkan para Ahli Parlimen di sana meletakkan tahun 2030 sebagai tempoh masa muktamad.

” Sudah tentulah Parlimen Jerman bincang isu seperti itu .Sebab ada kajian dibuat oleh sebuah institusi di sana bahawa jika hanya 1/4 sahaja dari jumlah keseluruhan kenderaan di negara itu diganti dengan kenderaan elektrik (EV), nescaya negara itu akan kehilangan 9 peratus perkerjaan auto (auto jobs). Itu pun setelah dicampur sekali segala pekerjaan yang akan dihasilkan melalui EV.

“Di Jepun, Kerajaan negara tersebut telah umum bulan lepas yang ia mahukan semua pengeluar kereta di negara itu menghentikan pembuatan/pengeluaran kereta konvensional menjelang 2050. Mereka kini sedang bergerak ke arah penggunaan kereta elektrik sepenuhnya.

“Di sini, maaflah cakap. Apabila YAB PM kata negara nak lancarkan projek baru kereta nasional yang selaras dengan ” Euro 5 or Euro 6 emission standard” supaya kereta kita boleh akses kepada pasaran global, habis gegak gempita seluruh negara. Habis riuh dan bising macam riuh isu LGBT,” ujarnya.

Baru-baruini Naib Presiden PKR mencadangkan projek kereta nasional ketiga disemak semula kerana dibimbangi mengundang kemarahan ramai terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Pada 11 Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan pada Persidangan Nikkei ke-24 mengenai Masa Depan Asia tentang rancangan kerajaan untuk memperkenalkan sebuah kereta nasional baharu.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tidak memberi tindak balas positif terhadap cadangan itu.

Apabila laporan itu disiarkan di laman rasmi Facebook The Star Online, terdapat lebih 1,000 komen yang kebanyakannya menentang idea tersebut.

Rafizi juga melihat perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat.

Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020.

Menterinya Mohd Redzuan Yusof yakin langkah berkenaan akan mencergaskan kembali industri automotif negara.

 

 

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote