Sikap politik golongan cerdik pandai, antaranya Dr Ghauth Jasmon

Dr Ghauth mempunyai pendirian politik yang tersendiri.

 

Ada yang berkata, semua yang cerdik dan pandai sudah meninggalkan parti itu.

Ada juga yang kata, yang tinggal dalam parti itu hanyalah walaun atau mereka yang tegar menyokong parti itu sahaja.

Ada kebenaran juga kata-kata itu. Ramai cerdik pandai kini menyokong Pakatan Harapan.

Antara yang menarik untuk diikuti tulisan dan ulasan mereka adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Ghauth Jasmon.

Dr Ghauth agak aktif dalam laman sosial Facebook.

Ulasan Dr Ghauth tentang majlis PH di Lumut.

Antara posting terkini beliau adalah tentang kenyataan beliau tentang majlis PH di Lumut, Perak.

“Alhamdulillah dan tahniah,” tulis Ghauth terhadap majlis itu sambil memaparkan gambar majlis itu.

Sebelum itu, beliau mengulas berita Lim Kit Siang yang berkata akan mempertahankan askar Melayu.

“DAP akan mempertahankan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) seperti mana parti itu mempertahankan sekolah vernakular, kata pemimpin veterannya, Lim Kit Siang,” tulis Ghauth.

Sebelum itu, beliau berkongsi laporan kenyataan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab yang berkata, persempadanan kawasan pilihan raya baharu yang diluluskan oleh Parlimen adalah jelas tidak adil dan tidak profesional.

Semua aktiviti akaun beliau membayangkan sikap politik Dr Ghauth, cerdik pandai dari universiti tertua di Malaysia ini.

Sebelum ini, FMT melaporkan, Dr Ghauth berkata, universiti tidak patut menghalang pelajar dan kakitangannya menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan dan institusi pendidikan itu sendiri.

“Arahan seperti ini tidak patut berada dalam mana-mana institusi pendidikan.

“Menyekat komuniti akademik tidak bijak dan tidak betul. Walaupun pada zaman Nabi Muhammad, ada kebebasan bersuara di mana beliau membenarkan orang bertanya sebarang soalan dan beliau akan menjawabnya,” katanya kepada FMT melalui pesanan teks.

Ghauth berkata, ini kali pertama beliau menyaksikan sebuah universiti menghalang kebebasan bersuara.

Beliau mengulas laporan FMT berhubung arahan UM kepada kakitangan dan pelajarnya supaya tidak mengkritik universiti itu atau kerajaan di khalayak ramai atau media.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS