Hasrat seorang lelaki untuk menikmati ikan sardin dalam tin terbantut apabila dia hampir menelan satu objek tajam yang mampu mencederakannya.
Percaya atau tidak, mata kail yang mungkin digunakan untuk menangkap ikan sardin itu masih tidak dikeluarkan dari tin.
Bernasib baik, pemuda tersebut sempat menemukan mata kail berkenaan sebelum sardin itu nyaris masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Bangkok, Thailand melibatkan jenama sardin terkenal negara itu, lapor Thaiger.
Isu itu mula menjadi perbincangan apabila pemilik sebuah akaun Facebook menyiarkan luahan seorang pengguna mengenai produk tersebut.
Menyembunyikan identiti, akaun tersebut hanya menamakan lelaki berkenaan sebagai Phuboripok dan turut menyiarkan gambar mata kail itu.
“Seorang pelanggan hampir memakan ikan dalam tin apabila terjumpa benda asing di dalam tin. Dia menulis pesanan ringkas yang mengatakan “Saya tidak memaafkan QC (kawalan kualiti) 100%.
“Dia sudah berhubung bahagian jualan (produk sardin) yang menawarkannya dua peti ikan dalam tin sebagai pampasan atau wang tunai 1500 baht.
“Sebagai jawapan, pengguna tanya (bahagian jualan), ‘adakah anda fikir saya mahu makan ikan jenama sama selepas mengalami pengalaman ngeri itu?’,” tulis postingan itu.
Rata-rata pembaca mula mempersoalkan bagaimana mata kail yang boleh mengancam nyawa itu boleh berada di dalam tin sardin tersebut.
Baca juga: Rupanya ini cara Bank buat untung berbilion ringgit, ramai tak sedar perkara ini.