Malaysia Dateline

‘Sila duduk jangan lari’ titah YDP Agong berseloroh disambut derai tawa ahli dewan rakyat

Yang Di Peruan Agong Sultan Muhammad V sempat berseloroh apabila baginda menitahkan supaya semua Ahli Parlimen duduk dan tidak lari sebelum baginda memulakan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekelian.

“Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Ia sekali gus disambut derai tawa di kalangan ahli parlimen memecahkan suasana pada pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Tindakan berseloroh Sultan Muhammad V itu mendapat respon spontan daripada beberapa ahli parlimen di dewan apabila memuat naik komen mereka di twitter masing–masing.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dalam twitternya berkata tindakan Sultan Muhammad V berseloroh begitu sangat canggih.

“Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Majlis Parlimen Yang Ke-14 2018. Kemasukan bawah Duli YMM YDP Agong yg sebelum mempersilakan Ahli2 Yang Berhormat duduk sempat berseloroh..sangat canggih…very witty. Ahli2yg berhormat.. “sila duduk dan jangan lari….” LOL.” ujarnya.