Malaysia Dateline

Silap sikit tu rasanya

1. Saya terpandang poster di sebelah pada sebelah petang tadi.

2. Maaf kepada pembuat poster ini. Saya dok rasa ada sedikit kesilapan rasanya pada frasa “Sirru ala barakatillah” pada poster itu. Jika tak silap alhamdulillah.

3. Mungkin lebih elok, jika saya boleh mencadang, pembuat poster tersebut menulis frasa itu dalam bahasa asal iaitu سيروا على بركة الله -“seeruu ‘ala barakotillah” (lihat contoh yang saya ambil dari akhbar Arab).

4. Anyway, saya rasa pembuat poster itu berniat baik dan hanya tersilap sikit sahaja dan ianya, saya percaya tanpa disengajakan.

5. Maaf, saya tegoq sebab harap-harap next time tak silap lagi. Masalah bahasa Arab ini tersilap sikit mungkin boleh ubah makna. “Seeruu” dan “sirru” tu orang putih habaq “are poles apart”.

Dont worry, small matter. Not a big deal. Saya pun biasa buat silap sebegitu dan mungkin lebih banyak lagi dari itu.

Depa habaq ” الخطاء ضروري للانسانية -“kesilapan itu adalah sebuah kemestian bagi kemanusiaan” atau الخطاء من طبيعة البشر- “kesilapan itu adalah dari tabiaat manusia”.

والله اعلم.