Malaysia Dateline

Silibus sekolah rendah tahap merapu, cikgu ini dedah sikap ‘babil’ orang atas

Nak tahu kenapa silibus sampai tahap merapu? Ni jawapannya. Inilah dia (gambar bawah). Mereka dok gubal benda yang tak mampu murid capai.

Bila ditegur guru-guru yang berada di lapangan, yang berpuluh tahun mengajar, yang memahami tahap murid, mereka takkan terima.

Mereka masih takkan mengaku salah. Mereka kata semua yang mereka buat itulah yang terpaling bagus, yang terpaling baik, yang terpaling sempurna. Padahal, mereka dok cipta silibus syok sendiri saja.

Walau ditegur oleh guru-guru lama, sampai tahap bertegang leher guru-guru nak pertahankan apa yang terbaik untuk murid-murid, mereka takkan terima. Sebaliknya, mereka akan salahkan cara guru-guru mengajar.

Mereka sedap goyang kaki dalam bilik aircond sana, yang berpeluh separuh mati nak bagi murid faham silibus mereka guru-guru biasa inilah.

Yang jadi mangsa akibat ke’babil’an mereka adalah guru-guru di sekolah yang nak memberi faham pada murid-murid.

Yang jadi mangsa akibat ke’babil’an mereka adalah ibu bapa di rumah yang nak memberi faham pada anak-anak.

Yang jadi mangsa akibat ke’babil’an mereka adalah murid-murid yang tak mampu nak faham silibus kuban mereka.

Yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita dan generasi kita.

Peristiwa begini berlaku banyak kali dah. Peristiwa di mana apabila ada perbincangan antara Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan guru-guru tentang silibus baru, dan bila guru menegur mereka buat babil dan tak endah.

Mereka akan kata mereka terpaling betul dan yang salahnya cikgu-cikgu. Sebab mereka inilah, ramai cikgu, ibu bapa dan murid-murid stres nak memahami silibus melangit mereka.

Yang kuban-kuban saja mereka ni.

Dan bukan semua pegawai di BPK tu babil dan kuban. Ada yang memahami dan cuba menyelami, tapi kuasa dan majoriti geng kuban dan babil ni lebih ramai.

Begitulah.

Admin

Nota : Artikel ini ditulis oleh Monmon, admin Cikgu Fadli yang merupakan seorang pemandu lori. Lori tengah tak dak job ni, hadap kerja rumah anak merapu meraban ni memang bikin Monmon kepanasan.

Baca juga Cikgu kongsi soalan Matematik Darjah 1, pemegang ‘degree’ pun garu kepala nak jawab

Baca juga “Walaupun tak ada A dalam SPM, yang penting dapat laki!” – Ibu bangga anak tak dapat A