Siapa menyangka mereka yang gemar mengumpul komik lama akhirnya akan membuahkan hasil.
Ditambah pula mereka yang sangat pandai menjaga kualiti walaupun buku mencecah usia puluhan tahun malah ada yang hampir cecah 100 tahun.
Satu naskah komik yang menampilkan adiwira Superman menjadi buku komik paling mahal di dunia.
Menurut agensi berita United Press International, buku komik tersebut dijual pada harga AS$6 juta (RM28.5 juta) dalam satu lelongan.
Dalam pada itu, Firma lelongan Heritage Auctions menyatakan, buku Action Comics No. 1 edisi tahun 1938 memaparkan penampilan pertama Superman.
Perkara itu menarik bidaan tinggi sehingga memecahkan rekod dunia.
Buku komik itu telah diperiksa oleh Collectible-grading Service (CGC) dan diberi gred ‘Sangat baik+ 8.5’, menjadikannya salinan gred ketiga tertinggi.
CGC berkata, kira-kira 100 naskhah komik itu dipercayai masih wujud dan pihaknya telah menggred 78 naskhah setakat ini.
Komik itu diterbitkan oleh National Allied Publications dan rekod sebelum ini untuk komik termahal adalah Superman No. 1 yang dijual pada harga AS$5.3 juta (RM25.2 juta) pada tahun 2022.
Buku komik termahal yang dijual dalam acara lelongan sebelum itu ialah Amazing Fantasy No. 15.
Komik tersebut menampilkan penampilan pertama Spider-Man dijual pada harga AS$3.6 juta (RM17.1 juta), September 2021.
Baca juga: 5 jenama yang selama ini ingatkan dari Malaysia, rupanya produk Mat Saleh