‘Simple’ rupanya, tak perlu beratur untuk beli! Ini resipi kuih qasidah utara

Oleh MAISARAH AISYA

Nak cari resipi sekarang bukanlah susah seperti zaman dahulu sampai perlu beli buku masakan atau hubungi emak di kampung.

Kini semua boleh dicari dihujung jari dan dimasak di rumah, menjimatkan dan boleh makan dalam kuantiti yang banyak.

Pengguna Facebook memuat naik resipi kuih qasidah utara menerusi halaman ‘Masak Masak, Makan Makan’.

Resipi kuih qasidah utara

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang merah (goreng hingga garing)
  • 1 cwn tepung gandum (saya guna cawan metrik)
  • 3 cwn air
  • 6 sdb gula
  • secubit garam

Cara-cara:

  • Bancuh tepung gandum, air, gula dan garam. Kacau sebati.
  • Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan (saya tapis dulu).
  • Kacau sampai bancuhan jadi pekat dan berkilat (sampai adunan keluar bunyi blurp blurp).
  • Tuang dalam bekas (saya sapu bekas dengan minyak goreng bawang).
  • Ratakan adunan (renjis-renjis sikit minyak dekat adunan supaya adunan nampak berkilat).
  • Tabur bawang yang digoreng tadi.
  • Dah sejuk boleh potong.

Selamat mencuba!

Baca juga: Guna Air Fryer pun boleh! Wanita kongsi resipi roti kacang merah, bun manis