Malaysia Dateline

Pualu Batu Puteh

Singapura bantah permohonan Malaysia ke atas kedaulatan tiga pulau

Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008 dalam kes berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca); Batuan Tengah (Middle Rocks) dan;Tubir Selatan (South Ledge).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata, permohonan Malaysia bagi interpretasi yang difailkan kelmarin adalah tambahan kepada, dan berasingan daripada permohonan yang difailkan pada 2Februaritahun lalu, bagi semakan Penghakiman ICJ.

“Pada pandangan kami, Penghakiman ICJ adalah terang dan jelas. Permohonan Malaysia untuk ICJ membuat interpretasi terhadap penghakiman menimbulkan kekeliruan.

“Oleh itu, Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi yang kita anggap sebagai tidak perlu dan tanpa merit,” kata MFA.

Kementerian sama menambah bahawa Singapura akan memfailkan Pemerhatian Bertulis mengenai permohonan interpretasi itu dalam masa terdekat.