Singapura beri kerjasama penuh siasat skandal 1MDB

Singapura beri kerjasama penuh siasat skandal 1MDB

Pihak berkuasa Singapura akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menyelesaikan isu skandal 1Malaysian Developement Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, pihak berkuasa Singapura telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia dan yang terbaharu di Singapura kelmarin.

“Ia merupakan pertemuan yang produktif, kedua belah pihak saling bertukar maklumat.

“Singapura terus memberikan maklumat mengenai pengaliran dana berkaitan 1MDB sejak 2015 dan hal ini telah diakui pihak berkuasa Malaysia,” kata pihak berkuasa Singapura dalam satu kenyataan semalam.

Kata kenyataan itu lagi, kedua-dua belah pihak akan terus bekerjasama dalam hal ini.

Katanya lagi, pihaknya telah menerima pertanyaan daripada media mengenai pengeluaran Notis Merah 1 Interpol.

Pihak berkuasa Singapuran serta agensi-agensi terbabit jelas kenyataan itu, terus aktif menyiasat kemungkinan berlaku pengubahan wang secara haram berhubung pengaliran dana 1MDB bermula Mac 2015.

“Melalui siasatan yang dibuat, pihak berkuasa Singapura telah mengeluarkan waran tangkap pada April/Mei 2016, dan melalui permintaan Singapura, Interpol telah menerbitkan Notis Merah pada Oktober 2016 untuk Low Taek Jho dan Tan Kim Loong, yang disyaki melakukan kesalahan di Singapuran tetapi tidak dapat ditemui di sini.

Semua anggota Interpol, termasuk Malaysia sedar mengenai Notis Merah yang diterbitkan itu,” kata kenyataan itu lagi.

Tambahnya, Singapura tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan yang menggunakan sistem kewangan untuk aktiviti haram.

“Kami telah mengambil tindakan yang tegas terhadap institusi kewangan serta individu yang telah melanggar undang-undang serta peraturan dalam jurisdiksi kami berhubung pengaliran dana berkaitan 1MDB ini.

“Noti Merah Interpol merupakan permintaan daripada negara anggota untuk mencari dan menangkap seseorang berdasarkan waran tangkap khas sesebuah negara.

“Siasatan diteruskan terhadap beberapa individu lain yang disyaki terlibat dengan kesalahan berkaitan 1MDB di Singapura,” katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote