Singapura ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines

Singapura ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines

Singapura pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Luar Negeri republik itu berkata: “Kami amat sedih dengan tragedi yang menimpa penerbangan Ethiopia ET302 pada 10 Mac 2019.”

“Seramai 157 mangsa terdiri pelbagai kerakyatan, termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi saat menyedihkan ini,” tambah kenyataan itu.

Pesawat malang itu dalam perjalanan menuju ke Nairobi dari Addis Ababa dan kesemua penumpang disahkan terkorban.

Boeing 737-800 MAX berlepas 8.38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole sebelum terputus hubungan kira-kira 8.44 pagi.

Pesawat terhempas di sekitar bandar Bishoftu, kira-kira 45 kilometer dari ibu kota Addis Ababa.

— BERNAMA