Malaysia Dateline

Singkir MB Perak: Perang saraf Umno mahu kembali perintah negeri

Abdul Rahim Mohd Nordin

Perang saraf Umno Perak untuk kembali memerintah negeri itu dengan cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak.

Demikian kata, Pengarah Komunikasi AMANAH Perak Abdul Rahim Mohd Nordin berkata, mana mungkin Kerajaan PH yang dibina bersama hendak dijatuhkan sendiri.

“Ini menyalahi prinsip dan dasar PH itu sendiri.

“PH telah menunjukkan kematangan dan keterbukaan dalam banyak isu untuk kebaikan rakyat dan negeri Perak khususnya.

“Saya yakin kematangan, pengalaman, keakraban yang ada pada kepimpinan PH dan Kerajaan Negeri Perak tidak terjejas dengan isu ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PH akan lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat dari hari ke hari dibawah kepimpinan Menteri Besar Perak.

“Kenyataan Pengerusi AMANAH Perak YB Hj Asmuni Awi merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak bagi mengulas isu ini sangat jelas menolak agenda politik kotor pembangkang,” ujarnya.