Sinki berbau? Guna 3 bahan sahaja boleh hilang bau, air pun mengalir elok!

Oleh MAISARAH AISYA

Ada masa kalau banyak sangat makanan dibuang ke dalam sinki, pastinya selepas dua tiga hari akan mula berbau.

Masa tu, tuang segala wangian pun dah tak menjadi, makin kelam kabut, tambahan ada pula yang jenis tak mampu nak tahan bau busuk.

Ikuti tip perkongsian pengguna Lemon8, Aida Narina mengenai cara menghilangkan bau pada singki di rumah.

Biasanya sinki jadi berbau kerana tersumbat makanan atau disebabkan pembuangan minyak hingga menyebabkan benda lain terperangkap di situ.

Tip hilangkan bau singki

Bahan-bahan:

  • 1 cawan baking soda
  • 2 cawan cuka putih
  • Air panas

Cara-cara:

1. Sediakan baking soda dan cuka. Letak 1 cawan baking soda di atas lubang sinki.

2. Tuang 2 cawan cuka putih di atas baking soda tadi. Jangan terkejut jika terjadinya buih kerana itu maksudnya tindak balas akan berlaku di dalam sinki untuk menghakis lemak-lemak dan minyak tadi.

3. Tutup sekejap selama 10 minit dan kemudian curah dengan air panas menggelegak sebanyak yang boleh.

4. Perah sedikit dengan lemon untuk menyegarkan sinki tadi.

Selamat mencuba!

Baca juga: Baru tahu laksa boleh dimakan dengan kuah Tomyam, ikut resepi ini kalau nak jimat kos!