Sirul Azhar utus surat kepada Mahathir, sedia beri keterangan, kata Khairuddin

Sirul Azhar utus surat kepada Mahathir, sedia beri keterangan, kata Khairuddin

Bekas anggota Unit Tindakan Khas Koperal Sirul Azhar Umar yang menjadi saksi utama kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu telah mengutus sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dimaklumkan AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini,mengatakan beliau berkesempatan menziarahi Sirul Azhar  yang ditempatkan di pusat tahanan Villawood Detention Camp, Sydney  itu, sejak 5 tahun lalu berada dalam keadaan sihat.

Menurut Khairuddin lagi, dalam pertemuan selama sejam itu Sirul Azhar telah menulis sepucuk surat kepada Dr Mahathir yang mana beliau sendiri tidak tahu isi kandungannya.

“Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada perdana menteri Malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

“Sirul Azhar juga turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

“Dalam pertemuan ini juga, Sirul Azhar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang Malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional,” ujar Khairuddin yang turut melampirkan surat berkenaan menerusi aplikasi whasapps sebagaimana   tertera  tulisan ‘ Sulit dan Persendirian’ yang ditujukan kepada Dr Mahathir .

Khairuddin juga berkata, Sirul Azhar kelihatan lebih bersemangat dan tidak lagi dibelenggu oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan yang disifatkan Sirul Azhar mampu membela kalangan rakyat yang teraniaya.

“Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan Sirul Azhar pada hari ini (28 Jun) perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.

“Sirul Azhar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan Villawood yang mana beliau telah ditahan sehingga kini.

“Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berada di Villawood Imigration Detention Centre ketika berkesempatan melawat Sirul Azhar hari ini.

Sebagai rekod pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sirul Azhar tertuduh kedua dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri tertuduh pertama selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Sirul Azhar didakwa atas pertuduhan membunuh Altantuya seorang wanita kelahiran Ulan Bator, Mongolia berusia 28 tahun antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang dekat sini.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-duanya selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Namun pada 19 Mei 2018 Sirul Azhar dalam satu kenyataannya berkata, sedia untuk membuat pendedahan sekiranya Yang Dipertuan Agong memberikan pengampunan penuh terhadapnya.

Ini kerana tanpa pengampunan penuh Australia tidak dapat melepaskannya daripada tahanan.

Pada 8 Jun Dr Mahathir dalam kenyataan berkata, hukuman gantung ke atas Sirul Azhar akan diubah bagi membolehkan pihak berkuasa Australia membenarkan Sirul diekstradisi ke Malaysia.

 

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote