Pernah dikritik teruk oleh juri tetap sebuah program nyanyian tahun lalu, siapa sangka Sissy Iman kini melebarkan sayapnya dengan bakal mengadakan satu konsert berskala kecil buat para peminat.
Sissy Imann The Showcase yang akan diadakan di Blackbox Damansara Performing Arts Centre (DPAC) pada 28 Julai ini dilaporkan tiket telah habis terjual.
Perkara itu sekaligus membuatkan penyanyi itu terkejut kerana tidak menyangka dia masih ada peminat.
“Saya ingatkan tiada peminat tapi Alhamdulillah untuk persembahan yang berskala kecil ini tiket habis terjual hari ini.
“Sebenarnya ramai lagi yang menghantar mesej kepada saya dan beritahu mereka tak dapat beli tiket, jadi sekarang ini saya dalam proses perbincangan dengan wakil lokasi untuk menambah kerusi supaya dapat muatkan beberapa peminat yang ingin hadir.
“Sekiranya permintaan diluluskan, saya akan umumkan nanti. Tapi mungkin jumlah tiket yang akan dijual sangat terhad,” katanya memetik laporan Harian Metro semalam.
Menurut Sissy, persiapan untuk mengadakan konsert itu sudah 90 peratus siap.
Pada konsert itu nanti, Sissy yang juga bekas graduan Pendidikan Muzik dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, dia akan menyanyikan 14 lagu pada showcase berkenaan.
Baca juga: Baru tahu tak susah rupanya buat Kaya sendiri, boleh jadikan inti pau kalau roti habis!