Sistem e-undi: 30 peratus undi hilang di Kedah,mengecewakan

Sistem e-undi: 30 peratus undi hilang di Kedah,mengecewakan
Nor Hizwan Ahmad

“Rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi”, begitulah yang boleh disifatkan bagi setiap proses pemilihan PKR yang sedang berlaku di seluruh Malaysia dan pada Sabtu, ia terjadi lagi bagi pemilihan PKR di Negeri Kedah.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selango Nor Hizwan Ahmad berkata, selepas kejadian kehilangan undi yang berlaku di Melaka, terbaru purata sebanyak 30 peratus undi anggota parti itu pula didapati hilang dari sistem pengundian di Negeri Kedah, ia adalah satu perkara yang amat membimbangkan, katanya.

“Sungguhpun telah diberi jaminan bahawa integriti pengundian bagi pemilihan kali ini masih utuh, kegagalan ini tampak jelas dan ini sudah tentu merencatkan proses demokrasi di dalam Keadilan.

“Seluruh kepimpinan dan anggota Parti Keadilan Rakyat perlu mengakui bahawa masalah ini wujud dan merosakkan imej parti. Kita tidak boleh terus menidakkan perkata ini tetapi mencari jalan terbaik untuk memperbaiki sistem pemilihan,” ujarnya dalam kenyataan.

Menurut Nor Hizwan lagi, parti harus sedar sistem pemilihan yang diangkat bagi pemilihan kali ini tidak sempurna dan pimpinan PRK juga tidak boleh terus berada dalam sindrom penaian (denial syndrome).

“Sindrom penaian hanya kerana ingin mempertahankan suatu sistem pemilihan yang ternyata lemah. Pengurusan pemilihan yang amat mengecewakan pada kali ini perlu dipandang serius oleh semua pihak dan tindakan proaktif perlu diambil dengan seberapa segera, bagi memastikan Keadilan tidak dilihat gagal untuk menguruskan sistem pemilihan parti sendiri,” ujarnya.