Sistem feudal dan kepincangan kepimpinan Najib

Sistem feudal dan kepincangan kepimpinan Najib

Pada tahun 1381 berlaku satu gerakan yang dikenali sebagai The Great Rising di mana golongan miskin mula bangun untuk menentang kerajaan England.

Antara punca berlakunya gerakan ini adalah kerana cukai tinggi yang dikenakan keatas rakyat, kebencian yang memuncak terhadap pegawai pegawai tertinggi raja dan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan sistem ‘serfdom’ (rakyat biasa bekerja dengan ganjaran yang tidak setimpal di ladang ladang milik tuan tuan ladang yang kaya raya).

Dimana saja di dunia ini kepincangan kepimpinan negara akan membawa kepada bencana ‘Yang kaya menjadi bertambah kaya dan yang miskin akan terus miskin’.

Ternyata apa yang berlaku di England pada tahun 1381 kini berlaku di Malaysia pada hari ini. Cukai GST menghimpit kehidupan rakyat. Rakyat teramat benci kepada Perdana Menteri dan pegawai pegawai tingginya. Sementara rakyat (terutamanya ahli UMNO dipergunakan oleh pemimpin parti untuk pemimpin hidup bermewah mewah).

Cuba kita lihat bagaimana mewahnya kehidupan Najib sekeluarga serta para pemimpin UMNO dan anak-anak mereka pada hari ini. Kekayaan mereka tidak mencerminkan bahawa perjuangan mereka adalah ‘demi bangsa, agama dan negara.’

Ahli -ahli Umno kini dijadikan sebagai kuda tunggangan oleh para pemimpin mereka secara rakus dan tanpa segan silu. Pemimpin Umno hidup seperti raja sementara ahli biasa menjadi seperti hamba.

Maka itulah sebabnya mengapa ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno tidak bersuara apabila Najib melakukan pelbagai kesalahan. Ini sama seperti apa yang berlaku dalam peristiwa The Great Rising apabila Raja dan para pembesar saling bersekongkol mengaut segala harta dan kekayaan yang ada.

Rakyat terutamanya ahli Umno kini sudah mula sedar bahawa mereka dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Apakah akan berlaku The Great Rising di Malaysia? Ianya sudahpun bermula.

Tanahair tanggungjawab kita.

*Kamarul Azman Habibur Rahman adalah Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia

 

CATEGORIES