Malaysia Dateline

Sistem perubatan negara boleh lumpuh jika dokor kontrak letak jawatan

Kempen ‘code Black’ dan ‘Black Monday’ yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) adalah bagi menzahirkan solidariti kepada doktor kontrak yang merupakan anak- anak muda Malaysia yang banyak berkorban serta bertungkus-lumus sebagai barisan hadapan melawan pandemik Covid-19.

Malah Dr Zaidi Zakaria, Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang berkata, adalah perlu difahami bahawa MMA merupakan Persatuan Perubatan terbesar dalam negara ini.

Sejajar dengan itu beliau mengingatkan, jika sebahagian sahaja dari doktor kontrak ini melepaskan jawatan serta merta, adalah diyakini sistem perubatan dan kesihatan dalam negara boleh runtuh atau ‘collapse’ dengan serta merta juga.

“Mereka sebetulnya hanyalah menuntut sedikit keadilan bagi doktor kontrak jika dibandingkan dengan doktor tetap. Dan mereka pula hanyalah menyatakan kebenaran situasi dan kebajikan doktor-doktor kontrak.

“Adalah diharapkan masalah yang dibangkitkan oleh para doktor kontrak tesebut dapat dinilai dan dipertimbangkan setelah Kabinet memberi maklum balas mengenai kempen yang direncanakan,” ujar beliau.

Saran Dr Zaidi, amatlah diharapkan agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang merugikan terhadap para doktor kontrak terlibat kerana tidak dapat dinafikan doktor-doktor tersebut memang cukup tertekan dengan keadaan mereka kini.

Tambahnya, disamping tertekan dengan situasi yang ada, mereka juga adalah pasukan barisan hadapan yang melawan Covid-19 serta dilaporkan 1 dari tiga doktor mengalalami ‘symptom burn out’ dan diharapkan pihak berkuasa termasuk pihak polis tidak akan menambahkan kegusaran para doktor kontrak tersebut.