Malaysia Dateline

Sistem Touch n Go terganggu, eWallet tidak dapat digunakan buat masa sekarang

Touch n Go eWallet memberi peringatan sedang mengalami gangguan sementara menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan RFID dan PayDirect di tol.

Pengguna juga tidak dapat melakukan sejumlah pembayaran melalui eWallet disebabkan gangguan tersebut.

Bagaimanapun pihak Touch n Go eWallet mengatakan pasukan mereka sedang giat dalam memperbaiki masalah ini secepat mungkin.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” tulisnya dalam satu kemaskini di Facebook.

Bagi anda yang menggunakan eWallet, mungkin boleh menggunakan inisatif lain untuk membuat pembayaran dalam tempoh ia sedang diperbaiki.

Antara komen pengguna eWallet yang terkesan

Baca juga: Lambai tangan beberapa kali, Siti Bainun menangis teresak-esak lihat Bella