Malaysia Dateline

Siswazah jual nasi lemak, pandu uber bukti kerajaan gagal sedia pekerjaan

Tun Dr Mahathir berpandangan jika seorang siswazah menjual nasi lemak atau memandu uber ia satu pekerjaan yang bukan menjadi kebanggaan diri dan negara.

“Kita sedar keadaan tidak baik  untuk memberi peluang pekerjaan kepada  siswazah. Jika mereka jual nasi lemak atau memandu uber tidak boleh berbangga sekadar untuk menampung pendapatan mereka.

“Sebaliknya mereka dikalangan siswazah yang terlatih dan kecekapan begitu tinggi sepatutnya mereka bekerja dengan kesesuaian kelulusan mereka dalam bidang  tertentu.

” Mereka terpaksa jual nasi lemak kerana tiada peluang kerja ini menunjuk kegagalan kerajaan kerana gagal menyediakan peluang pekerjaan yang seimbang dengan tahap kebolehan dan pencapaian dan latihan yang diperoleh mereka.

“Jika begitu kita patut ada universiti yang mengajar kita macam mana nak jual nasi lemak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Admond Tan yang bertanyakan mengenai pembabitan golongan siswazah yang berniaga nasi lemak dan memandu uber kerana ketiadaan peluang pekerjaan dan bertanyakan apakah tawaran Pakatan Harapan (PH) sekiranya memerintah.

Dr Mahathir menambah, sesuatu yang memalukan sekiranya lepasan siswazah menjual nasi lemak kerana memperlihatkan kerajaan gagal untuk menyesuaikan latihan dan penguasaan ilmu dengan peluang pekerjaan.

“Ini adalah kegagalan kerajaan,”tegasnya sekali lagi.

Pengerusi PH ini juga berkata, PH akan menumpukan pendidikan anak muda dan akan memberikan peruntukan mencukupi kepada institusi dan universiti serta meningkatkan bidang pembangunan dan penyelidikan (R7D) sekiranya berpeluang memerintah negara kelak.

Katanya, pengangguran di kalangan beliau hari ini disebabkaan kegagalan kerajaan mengimbangi keperluan menyediakan pendidikan, latihan dan pelaburan dalam dan luar negara yang seimbang kepada rakyat negara ini.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad telah wujud ketidakseimbangan dalam menawarkan peluang pekerjaan dengan latihan antara faktor belia gagal mengisi kekosongan beberapa peluang pekerjaan yang di luar bidang pengajian dan latihan belia.

“Kita dapati tidak ada kesesuaian peluang antara latihan yang diberi dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan selepas mereka lulus pengajian diperingkat universiti,  institusi dan kolej.

“Bagi wujudkan peluang pekerjaan kerajaan perlukan pelaburan pihak swasta untuk menambah peluang pekerjaan.

“Tapi kita lihat peningkatan pekerja dalam kerajaan (penjawat awam) tinggi. Dulu 1juta pekerja dengan kerajaan sekarang meningkat 1.6 juta penjawat awam.

“Kita tidak faham adakah mereka semua dilatih bekerja dan bagaimana pula produktiviti kerja mereka.

“Saya melihat swasta lebih bertanggungjwwab mewujudkan peluang pekerjaan dan kita juga perlu pelaburan dalam dan luar negara,” ujarnya hari ini dalam sesi Policy Talk: Harapan Baru di bawah tajuk:Pendidikan dan Pekerjaan Orang Muda.

Policy Talk: Harapan Baru diadakan setiap hari Rabu jam 10 pagi yang akan disiar langsung di dalam facebook Dr Mahathir akan membincangan pelbagai topik. Rabu lalu dibincangkan mengenai ‘Kos Sara Hidup’.

Bekas perdana menteri ini berkata, pengangguran dikalangan belia berlaku kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak mempunyai dasar pendidikan yang sesuai untuk menarik minat pelabur.

“Jika kerajaan tidak adakan dasar yang sesuai dengan pelaburan, maka pelabur tidak melabur. Ini bermakna peluang pekerjaan tidak menambah.

“Dasar kerajaan perlu mesra dan sesuai dengan iklim semasa pelaburan,” ujarnya.

Beliau juga menekankan tumpuan lebih diberikan kepada bidang kejuruteraan, teknikal, IT serta R&D bagi memenuhi kehendak pasaran masa kini.

“Oleh kerana kita tiada peruntukna sebegini kita dapati apabila mereka lulus universiti peluang pekerjaan tidak ada kerana ilmu dimiliki dengan pekerjaan yang akan dilakukan tidak ditawarkan.

“Pendidikan, peluang pekerjaan dan pelaburan ada kaitan antara satu sama lain. Jika kita tidak tumpukan kaitan tiga bidang ini, ia tidak akan mengimbangi peluang pekerja yang akhirnya meningkatkan pengangguran dikalangan belia,” ujarnya.