Siti Kassim selar petisyen Armada Bersatu mengenai pesta arak

Siti Kassim selar petisyen Armada Bersatu mengenai  pesta arak

Siti Kassim

Aktivis undang-undang Siti Kassim membidas  Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana memulakan petisyen terhadap penganjuran pesta arak Oktoberfest.

Memuatnaik status di facebook, beliau yang merupakan peguam berkata, petisyen bantahan yang diketuai Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu dakwanya, bermotifkan kepentingan politik.

“Nampakkan apa saya maksudkan? Semua orang mahu jadi juara Islam. Semua orang mahu jadi juara Islam. Ini semua mengenai politik.

“Bila ahli politik akan mula berfikir sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Petisyen itu dilancarkan Pemuda PPBM Selangor pada 29 September lalu.

Armada PPBM Selangor mendakwa sudah berjaya mengutip lebih 10,000 tandatangan membantah penganjuran pesta arak, Oktoberfest, di negeri berkenaan.

Petisyen dengan tajuk “Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia” itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Armada Bersatu juga memberi amaran kebebasan tanpa kawalan akan membuka ruang kepada parti homoseksual dan perkahwinan sama jantina pada masa depan.

Armada bagaimanapun menafikan mereka mahu mencampuri gaya hidup orang lain apabila membantah sambutan itu.

Perdebatan mengenai Oktoberfest tercetus apabila Pas menggesa Festival “Better Beer 2017” yang dijadual pada esok higga 7 Oktober ini dihentikan.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote